Kami menyediakan servis peti sejuk, chiller & freezer untuk rumah, kedai, restoran, kilang dan projek. Pasukan teknision berpengalaman lebih 16 tahun, kami memastikan servis yang cekap, berkualiti dan profesional.
📍 Coverage Hairil Repair & Service di Selangor
• Shah Alam • Klang • Kota Kemuning • Setia Alam • Meru • Kapar • Pelabuhan Klang
• Sungai Buloh • Elmina • Denai Alam • Subang • Subang Jaya • Ara Damansara • Petaling Jaya
• Damansara • Kota Damansara • Mutiara Damansara • Bandar Utama • Tropicana • Kelana Jaya
• Puchong • Putra Heights • USJ • Kinrara • Seri Kembangan • Serdang
• Kajang • Bangi • Balakong • Semenyih • Cheras Selatan
• Cyberjaya • Putrajaya • Dengkil • Sepang • Salak Tinggi
• Puncak Alam • Saujana Utama • Ijok • Bestari Jaya • Kuala Selangor
• Rawang • Kundang • Kuang • Selayang • Batu Caves • Gombak
📍 Coverage Hairil Repair & Service di Kuala Lumpur
• KL Utara • Kepong • Jinjang • Sentul • Batu Caves • Setapak • Wangsa Maju • Melawati • Gombak
• KL Tengah • Chow Kit • Titiwangsa • Kampung Baru • Bukit Bintang • KLCC • Jalan Ampang • Pudu • Cheras KL
• KL Barat • Mont Kiara • Sri Hartamas • Segambut • Bangsar • Brickfields • Pantai Dalam • Kerinchi • Seputeh
• KL Selatan • Kuchai Lama • OUG • Sri Petaling • Bukit Jalil • Sungai Besi • Salak Selatan • Bandar Tasik Selatan
📍 Coverage Hairil Repair & Service di Negeri Sembilan
• Bandar Entek • Kota Seriemas • Sendayan • Seremban • Nilai
📍 Coverage Hairil Repair & Service di Terengganu
• Kuala Terengganu • Kuala Nerus • Marang
📍 Coverage Hairil Repair & Service di Penang
Timur Laut: George Town • Tanjung Tokong • Tanjung Bungah • Batu Ferringhi • Pulau Tikus • Jelutong • Gelugor • Air Itam • Paya Terubong • Farlim • Sungai Dua • Batu Uban
Barat Daya: Bayan Lepas • Bayan Baru • Sungai Ara • Relau • Teluk Kumbar • Balik Pulau • Batu Maung • Teluk Tempoyak • Sungai Batu • Gertak Sanggul
Seberang Perai Utara: Butterworth • Kepala Batas • Bertam • Tasek Gelugor • Sungai Dua • Penaga • Teluk Air Tawar • Bagan Ajam • Mak Mandin
Seberang Perai Tengah: Bukit Mertajam • Perai • Seberang Jaya • Permatang Pauh • Alma • Juru • Bukit Minyak • Bukit Tengah • Machang Bubok • Kubang Semang • Penanti
Seberang Perai Selatan: Nibong Tebal • Jawi • Simpang Ampat • Batu Kawan • Bandar Cassia • Sungai Bakap • Valdor • Bukit Tambun • Tasek Junjung • Sungai Jawi
📲 WhatsApp: https://wa.me/baikipetisejuk
☎️ 016-682 3585
🔧
Diagnosis Dulu, Bukan Terus Tukar Barang
Kami akan periksa punca kerosakan terlebih dahulu sebelum mencadangkan pembaikan atau penggantian spare part.
👨🔧
Lebih 15 Tahun Pengalaman
Pengalaman membaiki pelbagai jenis peti sejuk rumah, freezer dan chiller membantu kami membuat pemeriksaan dengan lebih sistematik.
💬
Punca & Kos Diterangkan
Selepas pemeriksaan, pelanggan akan diterangkan masalah yang ditemui serta pilihan pembaikan dan kos sebelum kerja diteruskan.
🏠
Pemeriksaan Di Rumah
Tak perlu angkut peti sejuk keluar. Untuk kebanyakan kerosakan, pemeriksaan dan pembaikan boleh dilakukan terus di lokasi pelanggan.
🛠️
Peralatan Kerja Lengkap
Untuk kerja sistem refrigeration, kami menggunakan peralatan seperti vacuum pump, nitrogen, pressure gauge dan micron gauge mengikut keperluan kerja.
🛡️
Waranti Pembaikan
Pembaikan tertentu disertakan waranti sehingga 90 hari, manakala pakej tertentu seperti penggantian kompresor boleh mendapat waranti sehingga 1 tahun, bergantung kepada pakej dan jenis kerja.
Tak Sejuk / Kurang Sejuk
Gas kurang / leaking
Kompresor lemah
Fan motor rosak
Cooling coil tersumbat ais
Airflow tidak betul
Masalah Defrost
Ais penuh cooling coil
Heater rosak
Sensor / bimetal rosak
Timer / board defrost rosak
Masalah Elektrikal
Peti langsung tak hidup
Trip elektrik
Relay / overload
Wiring
Mainboard
Board inverter
Kompresor & Sistem Gas
Tukar kompresor
Leak test
Vacuum
Flushing
Tukar filter dryer
Isi refrigerant
Modify sistem tertentu
Pastikan anda mempunyi detail berikut sebelum memanggil kami:
Gambar peti sejuk
Gambar sticker model
Video jika ada bunyi pelik
Terangkan Simptom
Pin Google Map
Gambar Depan Rumah
(jika sukar dicari)
Untuk Condo/Apartment, Sediakan QR atau Permit Masuk
1. Hubungi kami
Beritahu masalah dan lokasi.
2. Pemeriksaan
Teknision diagnose punca kerosakan.
3. Sebut harga
Teknision diagnose punca kerosakan.
4. Repair & testing
Selepas repair, sistem diuji.
5. Monitoring
Untuk kerja sistem gas, kompresor atau modify, peti mungkin perlu dipantau sehingga 72 jam bagi memastikan operasi stabil.
Ramai ingat baiki peti sejuk cuma tukar part.
Sebenarnya, alat yang betul sangat main peranan.
Sebab itu saya utamakan setup yang betul supaya kerja lebih kemas, lebih yakin, dan lebih terjaga.
Kami menyediakan waranti untuk kerja pembaikan dan komponen tertentu yang telah ditukar. Tempoh waranti bergantung kepada jenis kerosakan, komponen dan pakej pembaikan yang dipilih.
Kebanyakan pembaikan / komponen ditukar: 90 hari
Pakej kompresor tertentu: sehingga 1 tahun
Tempoh sebenar akan dimaklumkan sebelum atau selepas kerja siap.
Kebanyakan pembaikan / komponen ditukar: 90 hari
Pakej kompresor tertentu: sehingga 1 tahun
Tempoh sebenar akan dimaklumkan sebelum atau selepas kerja siap.
Komponen yang kami tukar
Bahagian yang kami repair
Masalah yang sama seperti dalam rekod pembaikan asal
Contoh: Kalau kami tukar fan motor dan fan motor tersebut rosak semula dalam tempoh warranty, bahagian tersebut boleh diperiksa di bawah warranty.
Kami repair auto defrost, tetapi dua bulan kemudian kompresor rosak.
Ini dianggap kerosakan berbeza dan bukan warranty untuk repair sebelumnya.
Begitu juga jika:
Fan motor ditukar → kemudian board rosak
Kompresor ditukar → kemudian sensor rosak
Sistem gas dibaiki → kemudian berlaku masalah elektrikal yang tidak berkaitan
Jika pelanggan mengalami semula masalah dalam tempoh warranty:
1. WhatsApp kami
Berikan nama, lokasi dan tarikh repair.
2. Hantar gambar / video
Terangkan simptom yang berlaku.
3. Teknision akan membuat pemeriksaan
Kami akan tentukan sama ada masalah tersebut berkaitan dengan repair sebelumnya atau kerosakan baru.
Warranty bukan bermaksud semua bahagian peti sejuk mendapat warranty.
Warranty hanya diberikan untuk kerja atau komponen yang dinyatakan semasa pembaikan.
Kalau lampu peti sejuk masih hidup tetapi peti tidak sejuk, ini bermaksud bekalan elektrik masuk tetapi sistem penyejukan mungkin tidak berfungsi dengan betul.
Antara punca yang biasa:
• Kompresor tidak hidup atau sudah lemah
• Relay / overload kompresor rosak
• Fan evaporator atau fan kondenser tidak berpusing
• Sistem auto defrost rosak hingga cooling coil dipenuhi ais
• Gas kurang akibat kebocoran
• Capillary atau filter drier tersumbat
• Sensor, thermostat atau mainboard gagal memberi arahan
• Kondenser terlalu kotor menyebabkan kompresor terlalu panas dan trip
Lampu hidup sahaja tidak bermaksud sistem peti sejuk masih normal. Untuk tahu punca sebenar, teknision perlu periksa bekalan kompresor, fan, corak ais pada cooling coil serta bacaan sistem gas.
Keadaan ini biasanya berlaku apabila ais terlalu tebal pada cooling coil hingga menghalang aliran angin sejuk ke ruang peti.
Antara punca yang biasa:
• Sistem auto defrost gagal berfungsi
• Defrost heater rosak
• Thermostat / bimetal defrost rosak
• Defrost timer atau mainboard bermasalah
• Fan evaporator tidak berpusing
• Sensor suhu memberi bacaan tidak tepat
• Saluran angin tersumbat oleh ais
Bila cooling coil dipenuhi ais, bahagian freezer mungkin nampak sangat sejuk, tetapi angin sejuk tidak dapat bergerak ke bahagian chiller. Sebab itu makanan di bawah masih kurang sejuk walaupun nampak banyak ais.
Bunyi kuat pada peti sejuk boleh datang daripada beberapa bahagian:
• Fan evaporator terkena ais atau sudah rosak
• Fan kondenser longgar, kotor atau bearing haus
• Kompresor mula bising atau mounting getah sudah keras
• Piping atau body peti bergetar semasa kompresor hidup
• Ais terlalu tebal hingga terkena bilah fan
• Peti tidak rata menyebabkan getaran lebih kuat
• Relay kompresor berbunyi klik berulang kali jika kompresor sukar hidup
Ada bunyi tertentu yang masih normal, contohnya bunyi klik relay, aliran gas atau kompresor mula hidup. Tetapi kalau bunyi semakin kuat, bergegar, berdengung panjang atau seperti besi berlaga, elok dibuat pemeriksaan.
Kompresor memang akan menjadi panas semasa beroperasi, tetapi jika terlalu panas hingga kerap trip atau peti tidak sejuk, kemungkinan ada masalah pada sistem.
Antara punca yang biasa:
• Kondenser terlalu kotor dan haba tidak dapat dibuang dengan baik
• Fan kondenser tidak berpusing atau berpusing perlahan
• Ruang pengudaraan belakang peti terlalu sempit
• Gas terlalu banyak atau tekanan sistem terlalu tinggi
• Gas kurang akibat kebocoran menyebabkan kompresor bekerja terlalu lama
• Capillary atau filter drier tersumbat
• Relay atau overload kompresor bermasalah
• Kompresor sudah lemah atau mengalami masalah dalaman
Jika kompresor terlalu panas, jangan terus tambah gas tanpa membuat diagnosis. Pemeriksaan perlu dibuat pada fan, kondenser, tekanan gas, suhu piping dan keadaan kompresor untuk mengenal pasti punca sebenar.
Keadaan ini biasanya berlaku apabila kompresor mengalami overload, bekalan elektrik tidak stabil atau ada masalah pada sistem penyejukan.
Antara punca yang biasa:
• Relay atau overload kompresor rosak
• Kapasitor lemah bagi model yang menggunakan kapasitor
• Voltan bekalan terlalu rendah atau tidak stabil
• Fan kondenser tidak berpusing
• Kondenser terlalu kotor menyebabkan tekanan dan suhu meningkat
• Gas terlalu banyak atau tekanan sistem terlalu tinggi
• Capillary atau filter drier tersumbat
• Kompresor terlalu panas lalu overload memutuskan bekalan
• Winding kompresor lemah atau kompresor mula rosak
Jika kompresor hidup beberapa saat atau beberapa minit kemudian mati dan berulang semula, pemeriksaan perlu dibuat pada relay, overload, arus kompresor, voltan bekalan, suhu kompresor serta tekanan sistem gas.
Jangan terus tukar kompresor tanpa diagnosis kerana simptom yang sama juga boleh berpunca daripada komponen lain.
Fan peti sejuk tidak berpusing boleh menyebabkan angin sejuk tidak bergerak dengan baik, walaupun cooling coil masih menghasilkan sejuk.
Antara punca yang biasa:
• Motor fan rosak atau bearing sudah ketat
• Bilah fan tersekat kerana ais terlalu tebal
• Bekalan voltan ke fan tiada atau tidak mencukupi
• Kabel atau connector fan longgar atau putus
• Sensor pintu tidak mengesan pintu sudah tertutup
• Mainboard tidak menghantar signal kepada fan
• Sistem auto defrost rosak hingga ais menghalang fan
• Untuk fan DC/inverter, masalah boleh datang daripada signal kawalan atau driver pada board
Jika fan tidak berpusing, pemeriksaan perlu dibuat pada voltan masuk ke fan, keadaan motor, wiring, sensor pintu, mainboard dan keadaan ais pada cooling coil.
Jangan terus tukar fan tanpa check dahulu kerana kadang-kadang motor fan masih elok tetapi bekalan atau signal dari board yang bermasalah.
Antara tanda yang biasa berlaku:
• Ais terlalu tebal pada cooling coil
• Freezer masih sejuk tetapi bahagian chiller kurang sejuk
• Angin dari vent semakin perlahan atau langsung tidak keluar
• Fan evaporator terkena ais dan berbunyi
• Peti sejuk berjalan lama tetapi suhu tidak turun dengan baik
• Air defrost tidak masuk ke takungan seperti biasa
• Selepas peti dimatikan beberapa jam hingga ais cair, peti kembali sejuk sementara sebelum masalah berulang
Punca biasanya melibatkan defrost heater, thermostat/bimetal, sensor defrost, timer atau mainboard.
Untuk mengenal pasti komponen yang rosak, teknision perlu periksa corak ais pada cooling coil, heater defrost, sensor, fan dan sistem kawalan defrost. Jangan terus tukar semua komponen tanpa diagnosis kerana setiap model menggunakan sistem yang berbeza.
Ais blocking berlaku apabila ais terkumpul terlalu tebal pada cooling coil sehingga menghalang aliran angin sejuk ke dalam ruang peti.
Antara punca yang biasa:
• Defrost heater rosak atau tidak panas
• Thermostat / bimetal defrost gagal berfungsi
• Sensor defrost rosak atau bacaan tidak tepat
• Defrost timer tidak masuk ke mode defrost
• Mainboard gagal mengaktifkan sistem defrost
• Fan evaporator tidak berpusing dengan betul
• Saluran drain tersumbat dan air membeku semula pada cooling coil
• Pintu tidak rapat atau getah pintu rosak menyebabkan udara lembap masuk berlebihan
Apabila cooling coil sudah dipenuhi ais, angin sejuk akan tersekat. Freezer mungkin masih nampak sejuk, tetapi bahagian chiller akan mula kurang sejuk dan makanan tidak mencapai suhu yang sepatutnya.
Untuk mengenal pasti punca sebenar, teknision perlu periksa corak ais pada cooling coil, heater, bimetal/sensor, fan serta sistem kawalan defrost. Jangan hanya cairkan ais kerana jika puncanya tidak dibaiki, masalah biasanya akan berulang.
Air yang keluar di bahagian bawah peti sejuk biasanya berpunca daripada saluran pembuangan air defrost yang tersumbat atau tidak mengalir dengan baik.
Antara punca yang biasa:
• Lubang drain tersumbat oleh ais atau kotoran
• Saluran drain tersumbat, bocor atau tercabut
• Takungan air di belakang peti retak atau melimpah
• Ais blocking menyebabkan air cair terlalu banyak
• Getah pintu tidak rapat dan menghasilkan kelembapan berlebihan
• Peti sejuk tidak berada pada kedudukan yang rata
Jika masalah berlaku berulang kali, pemeriksaan perlu dibuat pada lubang drain, saluran pembuangan air, cooling coil dan sistem defrost.
Sekadar mencairkan ais atau mengelap air biasanya tidak menyelesaikan masalah jika punca sebenar masih belum dibaiki.
Antara tanda yang biasa:
• Peti sejuk kurang sejuk atau langsung tidak mencapai suhu normal
• Freezer lambat beku atau makanan tidak beku sepenuhnya
• Kompresor berjalan terlalu lama tanpa berhenti
• Corak ais pada cooling coil hanya terbentuk pada sebahagian kecil sahaja
• Piping suction kurang sejuk daripada biasa
• Tekanan gas lebih rendah daripada spesifikasi sistem
• Terdapat kesan minyak pada sambungan piping, coil atau kawasan kebocoran
• Selepas isi gas, peti kembali kurang sejuk dalam tempoh tertentu
Gas peti sejuk tidak sepatutnya berkurang dengan sendiri. Jika gas berkurang, biasanya terdapat kebocoran pada sistem.
Sebelum tambah gas, teknision perlu cari punca kebocoran, buat leak test, repair bahagian yang bocor, vacuum sistem dan barulah isi gas mengikut spesifikasi. Isi gas sahaja tanpa membaiki kebocoran boleh menyebabkan masalah yang sama berulang.
Tidak semestinya. Peti sejuk tidak sejuk bukan terus bermaksud gas kurang.
Antara punca lain yang boleh menyebabkan masalah sama:
• Fan tidak berpusing
• Sistem auto defrost rosak
• Cooling coil dipenuhi ais
• Kompresor lemah atau tidak hidup
• Relay / overload bermasalah
• Capillary atau filter drier tersumbat
• Sensor, thermostat atau mainboard rosak
• Kondenser terlalu kotor
Jika memang gas kurang, perlu cari dahulu punca kebocoran. Gas dalam sistem tertutup tidak sepatutnya habis dengan sendiri.
Sebelum isi gas, teknision sepatutnya buat diagnosis, periksa corak frost, tekanan sistem, suhu piping dan kebocoran. Elakkan terus tambah gas tanpa mengetahui punca sebenar kerana ia boleh menyebabkan masalah berulang atau bacaan sistem menjadi tidak betul.
Kompresor yang lemah biasanya masih boleh hidup, tetapi tidak lagi mampu menghasilkan perbezaan tekanan yang mencukupi untuk sistem menyejuk dengan baik.
Antara tanda yang biasa:
• Peti sejuk lambat sejuk walaupun kompresor berjalan lama
• Freezer tidak mencapai suhu beku yang sepatutnya
• Kompresor terlalu panas
• Bacaan tekanan high side dan low side terlalu hampir
• Tekanan discharge tidak naik seperti sepatutnya
• Suction pressure terlalu tinggi walaupun jumlah gas betul
• Corak frost pada cooling coil tidak penuh atau tidak sekata
• Kompresor berbunyi lebih kuat daripada biasa
• Selepas relay, fan, gas dan sistem piping disahkan normal, prestasi sejuk masih lemah
Untuk mengesahkan keadaan kompresor, teknision perlu periksa arus kompresor, bacaan high/low pressure, suhu suction dan discharge serta keadaan sistem gas secara keseluruhan.
Jangan terus tukar kompresor berdasarkan simptom sahaja kerana masalah seperti gas kurang, penyumbatan capillary atau kondenser kotor juga boleh menghasilkan simptom yang hampir sama.
Selepas dibaiki, peti sejuk biasanya tidak terus mencapai suhu normal serta-merta. Sistem memerlukan masa untuk menurunkan suhu keseluruhan ruang.
Anggaran biasa:
• Mula terasa sejuk dalam 1–4 jam
• Freezer mula membeku sekitar 6–12 jam
• Suhu hampir stabil dalam 8–24 jam
• Sesetengah peti sejuk boleh mengambil masa sehingga 24 jam untuk mencapai suhu normal sepenuhnya
Suhu sasaran yang biasa ialah sekitar 3–5°C untuk chiller dan -18°C untuk freezer.
Selepas repair, elakkan terus mengisi peti terlalu penuh. Beri ruang untuk aliran angin dan pantau keadaan peti dalam tempoh awal. Jika selepas 24 jam suhu masih tidak mencapai paras sepatutnya, pemeriksaan semula mungkin diperlukan.
Suhu normal peti sejuk biasanya berada dalam julat:
• Freezer: sekitar -18°C
• Chiller / ruang peti sejuk: sekitar 3°C hingga 5°C
Untuk penggunaan harian, suhu ini sesuai untuk memastikan makanan kekal sejuk dan bahan beku disimpan dengan baik.
Jika freezer hanya sekitar -5°C hingga -10°C, makanan mungkin masih terasa beku tetapi sistem belum mencapai suhu normal sepenuhnya. Jika bahagian chiller melebihi 7°C, makanan juga lebih cepat rosak.
Suhu sebenar boleh berubah sedikit mengikut model peti sejuk, tetapan thermostat, jumlah makanan, kekerapan buka pintu dan suhu persekitaran.
Untuk bacaan yang lebih tepat, gunakan thermometer atau temperature logger dan pantau suhu beberapa jam, bukan berdasarkan rasa sejuk dengan tangan sahaja.
Jangan terus percaya angka pada display.
Antara punca paling biasa:
• Display hanya tunjuk suhu setting, bukan suhu sebenar dalam ruang freezer.
• Sensor freezer baca salah — sensor terlalu sejuk di satu tempat tetapi keseluruhan ruang belum capai -17°C.
• Fan evaporator lemah/tak berpusing, jadi sejuk berkumpul dekat cooling coil sahaja.
• Ais blocking menghalang aliran angin ke ruang freezer.
• Gas kurang / sistem gas tak cukup kapasiti, cooling coil hanya sejuk sebahagian.
• Kompresor lemah, masih menghasilkan sejuk tetapi tak cukup untuk membekukan makanan.
• Damper atau laluan udara bermasalah pada model tertentu.
Cara paling cepat nak confirm: letak temperature probe/logger di tengah ruang freezer selama beberapa jam. Kalau display -17°C tetapi probe sebenar contohnya -5°C hingga -10°C, memang ada masalah bacaan sensor atau sistem cooling.
Kalau suhu sebenar memang -17°C hingga -18°C, air sepatutnya boleh membeku. Kalau langsung tak beku, bacaan display itu hampir pasti bukan suhu sebenar ruang freezer.
Sebelum teknision datang, sebaiknya hantar maklumat berikut:
• Gambar penuh peti sejuk
• Gambar sticker model / model number
• Jenama peti sejuk
• Video atau penerangan ringkas simptom kerosakan
• Gambar bahagian yang bermasalah jika nampak jelas
• Lokasi / pin Google Maps
• Jenis rumah — landed, kondo atau apartment
• Jika kondo/apartment, semak sama ada perlu permit teknision, QR atau pendaftaran kontraktor
• Masa atau slot yang sesuai untuk pemeriksaan
Maklumat ini membantu teknision buat persediaan awal, bawa peralatan dan spare part yang berkaitan, serta mengurangkan risiko tersalah bawa barang.
Walaupun simptom dan gambar sudah dihantar, diagnosis sebenar tetap perlu dibuat di depan peti sejuk kerana satu simptom boleh berpunca daripada beberapa kerosakan yang berbeza.
Ya. Hairil Repair menyediakan servis pemeriksaan dan diagnosis peti sejuk terus di rumah pelanggan mengikut kawasan liputan.
Semasa lawatan, teknision akan periksa perkara seperti:
• Bekalan elektrik dan sistem kawalan
• Kompresor, relay dan overload
• Fan evaporator dan fan kondenser
• Keadaan cooling coil dan corak ais
• Sistem auto defrost
• Sensor, thermostat dan mainboard
• Tekanan serta keadaan sistem gas jika diperlukan
Selepas punca dikenal pasti, kami akan terangkan masalah dan cadangan pembaikan terlebih dahulu sebelum kerja diteruskan.
Untuk buat temujanji, pelanggan digalakkan hantar gambar peti sejuk, sticker model, simptom kerosakan dan pin lokasi supaya persediaan awal boleh dibuat.
Disclaimer : Kami adalah syarikat penyedia perkhidmatan pembaikan bebas (independent repair) dan tidak bersekutu dengan mana-mana jenama